susahnya kehidupan

dahulunya aku sering berangan menggapai mimpi menjadi kenyataan, tetapi pada awal cabaran untuk aku mengejar cita-cita aku hampir musnah kerana sikap malas dan terlalu bermain-main menyebabkan aku tercicir sedikit kebelakang dan merugikan saki baki masa yang harus aku pertaruhkan untuk mencapai matlamat aku.

ketika kecil mak selalu tanya kat aim, nanti besar aim nak jadi apa? aku ketika itu memang bnyak impian, aku berkata kepada makku yang aku ingin menjadi doktor, tukang masak, tentera.. 

tetapi itu semua hanyalah angan2 aku ketika kecil yang hanya mampu berfikiran cetek tanpa berfikir tentang kebolehan diri sendiri. ketika aku masuk belajar ke sekolah menengah, aku mula berfikir akan cita2 aku yang sebenar setelah melihat sendiri kemampuanku.. aku target di usia muda ku yang aku ingin menjadi graphic disigner..

ketika aku tamat SPM, aku mohon macam2 tempat belajar. tetapi dah bukan rezeki aku, semua tawaran yang aku mohon, semuanya ditolak. keputusan SPM aku boleh dikatakan memberansangkan juga, tetapi mungkin dugaan Allah kepada aku. ketika itu, perasaan aku hancur lebur dan aku menangis bersendirian mengenangkan nasib diri aku yang terumbang ambing mencari tempat menimba ilmu.

sinaran harapan memancar beberapa minggu selepasnya, ikmal offer kat aku join masuk kolej komuniti. aku  terus memilihnya kerana minat ingin belajar aku yang mendalam.


mak banyak bagi dorongan kat aim semasa aim sudah hampir mengalah dalam kehidupan, mak kata "kita hidup di dunia hanya sementara, mana ada peluang yang baik, itulah rezeki yang harus kita tuju walaupun bukan cita-cita kita, tapi isilah peluang yang ada sebaik mungkin, hingga satu hari nanti kita akan memperoleh ganjaran setimpal dengan kesusahan kita ketika dulu kala".


aim ingat lagi time tu, aku naik atas aim nangis sorang2.. dalam hati aim dah ade misi nak jadi student yang cemerlang.. berakhirnya sem 1 aku tggu result. takut gementar sume ada. time tgah lepak2 kat umah, aku dpt 1 mesej dr kawan yang yang mengatakan POINTER DAH KELUAR!


aku pon naik atas bukak laptop search ar website kolej nak tgk pointer.. ALHAMDULILLAH dengan berkat doa dan usaha aku aku berjaya memperoleh pointer setinggi 3.63.. aku rasa amat bangga dan aku akan kekalkan pointer itu dan akan meningkatkan lagi usaha aku dlm mengejar pointer yang lebih tggi.. insyaALLAH.

P/s: kata2 ibu adalah doa bagi kita, *renung2kn dan selamat beramal  :)
  

0 comments: