Cuti hampa. Hari gembira 

Blog ini sekali lagi ditulis pada hari yang sama kejadian ini berlaku, dikeheningan pagi rabu yang aman damai  terlihat di sekitarnya burung-burung berterbangan bebas di udara tanpa halangan dan hala tuju. Nampak aman damai je burung tu, tapi TIDAK pada aku hari ini. Satu deringan telefon bimbit yang membingitkan telinga aku di pagi hari rabu yang barakah ini, telah membuatkan pagi aku seperti sedang berperang mempertahankan nyawa yang sudah tidak Nampak harapannya untuk terus bertahan.

Pagi tu, aku dapat 1 urgent call dari BOS tempat aku praktikal, semalam katanya dieri cuti kepada kami harini ini. Tetapi indah khabar dari rupa. Shit ada pulak dia call pagi- pagi then cakap yang ada shooting last minute dan meminta aku menghadirkan diri sepantas yang boleh. -.- (sad kan?). dahla cuti pon haram dia nak bagi, kerja pulak seminggu. Kalau aku cuti pon, tu amik cuti sendiri je :D..

Tapi tidak mengapalah, apa yang penting pahala di bulan ramadhan ni yang penting. Aku pon dalam mamai-mamai baru bangun tidur ni pun terus menganbil towel dan melangkah terus ke toilet. Setelah selesai mandi dan siap-siap, aku gerak la ke office bersama Mohd Ikmal. Dia pun baru bangun jugak, muka keletihan jelas terpampang dari raut wajahnya. Yelah, mana taknya. Orang tidur then sahur, dia online pastu dah nak sahur baru tidur jap.. ikmal ikmal.. huhu. Tapi dial ah kawan aku yang paling sporting dalam dunia.

Sesampainya aku di office, ada 2 orang tetamu telah menuggu kami iaitu dari syarikat production yang lagi satu. Huhu. Tak faham? Lupakan je. Kami diberitahu oleh BOS kami yang mereka memerlukan second videographer dan hanya memerlukan seorang sahaja untuk turut serta bersama mereka. DAMN!! But I’m with ikmal, so how?! Setelah berbincang dan berbual sesame mereka, bos pun bersuara that’s why la bos call aku je. Aku je yang call ikmal ajak gerak office skali.

Aku ingat time tu ada shooting company kami time tu. Tapi setelah diberi muka kasihan oleh aku dan muka tidak bersalah oleh ikmal. Kami dibenarkan pulang dan menikmati cuti rabu kami semula. Time tengah nak balik tu, ikmal mengajak aku pergi ke bank dengan tujuan hendak memeriksa samada elaun kami untuk bulan ini telah masuk atau tidak. Aku dengan sinisnya menjawab, takde la tu. Harapan nak dapat harini. Tapi untuk yang keduakalinya benak hatiku mengeluarkan kata-kata. Manalah tahu tiba-tiba masuk time-time macam ni.

Kami pun meluru masuk kedalam bank, aku dengan harapan yang pudar memberikan laluan kepada ikmal untuk periksa dahulu walaupun mesin ATM ada 2. Ikmal menyuruh aku agar periksa sama-sama. Tapi aku malas, dan slow-slow aku g mesin tu nak check jugak.. belum sempat aku menekan button pin code kad aku. Tiba- tiba ikmal menjerit tidak tentu arah. Dia menundingkan jarinya kearah mesin atm tersebut, aku melihat apa yang diheboh-hebohkan oleh ikmal tu. Jeng jeng jeng, aku tengok kat screen atm tu dia tulis baki akaun anda RM****. Aku juga menjerit keriangan sekali dengan nada serak-serak tiada suara.

Selepas itu kami pun bercadang untuk pergi ke KL terus untuk membeli gajet yang kami idam-idamkan selama ini. Sesampainya kami di sana, kami terus berjalan –jalan dalam Low Yat, tgk sana sini. Dan  sampai satu kedai kami telah booking gajet yang kami mahu. Hati keriangan tiba-tiba bertukar marah, hampa, kecewa, duka dan macam-macam lagi. Hanya disebabkan 2 helai kertas. Hidup didunia ini bagai tidak mampu untuk diteruskan.


                         *gambar kurang jelas (ni surat saman -.-)



Dalam benak hatiku mengatakan, tidak apalah, benda dah nak jadi. So terima jelah. Huhu. But hati still happy! Yeahhh!!!

**di kesempatan ini saya ZAIM BIN ZAINUDDIN ingin mengucapkan selamat menyambut hari Nuzul Quran. Banyak-banyakkan membaca Al-Quran di bulan ramadhan ini, moga kita sama-sama memperoleh kejayaan didunia dan diakhirat kelak.        -amin-

0 comments: