KISAH DONGENG – PUTERI DAN KUDA AJAIB


Pada abad kelima terdapat sebuah istana yang  letaknya betul-betul di tepi pantai. Di dalam istana tersebut terdapat seorang puteri yang cukup jelita bersama keluarganya. Setiap hari puteri ini akan merasa kesunyian kerana tempat tinggalnya berada jauh di hujung kampung. Dia selalu menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada rakannya dengan menggunakan telefon bimbit blackcurrent miliknya,tetapi jarang dibalas oleh rakan-rakannya.

Pada suatu hari semasa puteri bermain keseorangan di perkarangan istana, dia terpandang akan seekor rama-rama yang cukup cantik dan dia cuba untuk menangkapnya. Sedang ia mengejar rama-rama tersebut, dia makin terleka akan langkah kakinya yang semakin menjauh dari kawasan istana dan menuju kearah hutan. Disebabkan asyik mengejar rama-rama tersebut, puteri telah tersesat di dalam hutan.

Semasa sedang berjalan mencari jalan pulang, puteri telah dikejutkan dengan seekor kuda aneh yang mempunyai tanduk emas di kepalanya. Yang menghairankannya lagi, kuda itu juga pandai berkata-kata. Dia menanya kepada puteri “adakah kamu tersesat?” puteri menjawab “ya, saya telah tersesat”. Kuda tersebut bertanya lagi, ‘adakah kamu lapar wahai anak kecil?’ puteri yang tidak dapat menyembunyikan lagi kelaparannya lalu mengakuinya, “ya, saya berasa amat lapar”, kuda tersebut menggunakan kuasa ajaibnya telah memberi sebiji tembikai kepada puteri, namun puteri menolak kerana dia tidak rasa untuk makan buah-buahan saja..
Lalu kuda tersebut menggunakan kuasa ajaibnya sekali lagi untuk memberikan makanan kepada puteri, kali ini kuda tersebut memberikan nasi berlaukkan ikan serta sayuran di dalam periuk emas. 

Puteri berasa amat gembira, lalu memeluk kuda itu dengan eratnya. Semasa puteri sedang menjamu selera, kuda ajaib menegur puteri dengan mengatakan ‘cantik anting-anting kamu wahai anak kecil’ puteri mengangguk sahaja tanda terima kasih kerana memuji anting-antingnya itu.. setelah selesai makan, kuda tersebut menghantar puteri pulang keistana. Puteri berasa amat gembira dan berterima kasih kepada kuda ajaib kerana telah membantunya pulang ke istana..

-sekian- *haha

0 comments: